Islamic Widget

Thursday, July 12, 2012

Ilmu dan zikir: kelebihan mengingati Allah

Abdullah bin Abbas RA berkata ada orang bertanya kepada NAbi SAW 'Ya Rasulullah, siapakah teman yang paling baik untuk kami duduk bersamanya ? Baginda SAW bersabda, " Seseorang yang apabila kamu melihatnya menyebabkan kamu akan teringat kepada Allah SWT dan percakapannya akan menyebabkan amalan kamu bertambah dan amalannya menyebabkan kamu teringatkan akhirat " ( Abu Ya'la : Majma'uz Zawaid )

Saturday, June 9, 2012

Rumah Allah.....&Tetamu Allah?

Masjid Payang Kayu, Hulu Terengganu dalam pembinaan..

Salam,
Syukur pada Allah SWT kerana masih dikurniakan fizikal, minda yang afiat. Semoga hingga ke hujung nyawa Allah kurniakan kebahagian hati...berakhir dengan kalimah La ilahaillalah.


Friday, June 8, 2012

doa untuk anak yang soleh/solehah

Dari Surah Ibrahim Ayat 40-41

" (40) Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan shalat, Ya Tuhan kami, perkenankanlah doa ku.(41) Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mu'min pada hari terjadinya hisab (hari kiamat) "

Thursday, April 19, 2012

Doa semoga Allah istiqamah dalam amalan baik..

Salam,
Sewaktu abah dan Ustaz Adnan dalam perjalanan ke Masjid Kubang Bujuk, Serada Terengganu. Ketika diajukan soalan tentang ketakutan meleset amalan beragama, dan memohon Allah mengekalkan dan memberi kekuatan dalam gaya pulang ke pangkal jalan....diantaranya adalah membaca ayat ini...

"maka bertasbihlah kepada Allah di waktu kamu berada di petang hari dan waktu kamu di waktu subuh. Dan bagiNyalah segala puji di langit dan di bumi dan di waktu kamu berada di waktu zuhur" surah Ar-Ruum ayat 17-19

Semoga Allah kekalkan kita dalam ketaatan beragama dan akhir kalam dengan La ila ha ilallah.

Friday, March 30, 2012

Bab ilmu dan zikir

Dari Abu Said Al Khudri RA meriwayatkan bahawa baginda Rasullulah SAW bersabda : Seseorang mukmin sekali-kali tidak akan merasai kenyang daripada kebaikan (ilmu). Dia akan terus mendengar dan mempelajarinya (sehinggalah maut menemuinya) dan tempatnya ialah di dalam Syurga (HR Tirmizi)..Muntakhab Ahadith page 299

Friday, March 16, 2012

4amalan masjid Nabawi

Dakwah, taklim wataklum, ibadat dan khidmat..semoga Allah pilih kita dan zuriat kita hidupkan 4amalan tersebut sepertimana di Masjid Nabawi di zaman Nabi SAW...amin

Monday, January 23, 2012

Berita Gembira!!

Sejid Ganu Kite!
Dari Buraidah RA meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah SAW bersabda : "Berilah berilah berita gembira kepada mereka yang pergi ke masjid selalu di waktu gelap gelita dengan cahaya yang sempurna pada hari Hisab nanti "..(HR Abu Daud)

Diri, Masa & Harta

Surau Uthamaniah, Kg Pasir, Kerling, Selangor

Semoga Allah pilih mereka yang sentiasa mengimarahkan rumahnya agar terus istiqamah ke hujung nyawa. Pengerusi surau berazam untuk menghidupkan bacaan taalim Fadhail Amal selepas maghrib...semoga pengorbanan yang sedikit ini menjadi asbab hidayat ke seluruh alam.

Allah SWT berfirman : "Hanyasanya yang layak memakmurkan masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah (dengan sifat-sifat tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk "..(At Taubah ayat 18)

Kejayaan manusia sebenarnya....

Salam...

Kejayaan manusia dalam agama, sejauhmana mereka dapat taat perintah Allah ikut sunnah Nabi Muhammad SAW..

terengganu with love..# lensa 01

Masjid Sultan Mahmud, Kuala Brang 2011

Bukit Besar, Kuala Terengganu 2011

khuruj- Masjid Kg.Langgar?? Kuala Brang 2011

View from Tanjung Vista Hotel 2011

laut china selatan

Masjid Hadari Tok Randok, Ajil Terengganu  under  construction..

engineers..

Allah kuasa makhluk lansung tiada kuasa!! 
"Aiyuhannas, kulu la ila ha illallah tuflihun.." 
wahai manusia ucapkan La ila ha illallah nescaya kamu akan berjaya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...